"ADAKAH PATUT KAMU MENYANGKA BAHAWA KAMU AKAN MASUK SYURGA PADAHAL BELUM SAMPAI KEPADA KAMU (UJIAN DAN CUBAAN) SEPERTI YANG TELAH BERLAKU KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU? MEREKA TELAH DITIMPA KEPAPAAN (KEMUSNAHAN HARTA BENDA) DAN SERANGAN PENYAKIT SERTA DIGONCANGKAN (OLEH ANCAMAN BAHAYA MUSUH)"

SURAH AL-BAQARAH :214

Isnin, 21 Januari 2019

DAPAT MASTER ?? KEMASUKAN FEBRUARY 2019 !!

ASSALAMUALAIKUM WBT.


Alhamdulillah diberi peluang untuk menulis lagi di sini. Haiii, Rindu tak ? Acecece.

Ehemmm.



Sebenarnya bila dapat tahu keputusan nak sambung masters degree atau dikatakan ijazah sarjana ni membuatkan perasaan aku bercampur baur yang teramat sangat which yang aku rasa excited+nervous+takut+gementar semua adalah kalau nak dikatakan. MasyaAllah Subhanallah Segala Puji Bagi Allah. Satu keputusan yang tak disangka sebenarnya sebab kalau nak diikutkan semasa final year semasa aku menghadapi fyp, aku sangatlah tidak ingin sama sekali walaupun adalah sedikit kemungkinan tuu yang terfikir akan menyambung pelajaran lagi sekali, bahkan untuk masters degree?!! 



Kalau boleh jauh sekali nak menghadap fyp/ppta and so on untuk tesis lagi. Aku sangatlah takut sebenarnya kerana ianya seperti satu mimpi ngeri. Bahkan untuk masters degree lagilah aku perlu menghadapinya seorang sahaja (kemungkinan) berbanding semasa first degree di mana aku bekerjasama bersama 3orang ahli kumpulan yang lain menjadikan kami 4 orang dalam satu kumpulan. 4 kepala berbanding 1 kepala ? Aku tak tahu apa akan berlaku semasa aku belajar nanti. Harap-harap dipermudahkan urusan dan pembelajaran serta mempunyai pensyarah dan penasihat yang baik, amiin.



Okey, baiklah. Kalau nak dijadikan cerita 4 bulan lepas aku telah banyak kali fikir juga pasal nak sambung lagi belajar ni. Kalau fikir punya fikir, tanya punya tanya dengan orang sekeliling aku, aku uruskanlah permohonan aku pada bulan November 2018 yang lepas. Permohonan master kena ada recommendation pensyarah atau bekas majikan tempat kamu semua kerja atau intern pun boleh ye. Bagi aku, untuk mendapatkan recommendation dari pensyarah mengambil masa sedikit kerana kebanykan pensyarah yang bebetul aku kenal boleh tahan sibuknya, jadi aku sarankan kepada kamu semua yang ingin memohon belajar tak kiralah Uni mana sekali pun, baiklah mohon dengan kadar yang cepat pantas supaya proses permohonan lebih efisien gituhhh. Jangan jadi aku yang last minit minta sebab lecturere yang aku nak/kenal ada yang sibuk, sobs sobs..



Jadi setelah sebulan lebih berlalu akhirnya keputusan telah keluar.Boleh disemak di laman web IPSIS UITM sebab website ni memang untuk post graduate tak silap aku, dan masa mohon haritu pun kat website yang sama. Bagi Postgraduate UITM (sebab aku mohon kat UITM je) sepatutnya keluar pada 16 Januari 2019 tapi dia tunda sehari lewat iaitu pada 17 Januari esoknya pulakk, sakitnya tuh di sini sebab aku tunggu bebetul 12 lebih malam 16hb tuu, huukkkss. Sebenarnya ini dikira kemasukan sem ke-II bagi UITM sebab pada bulan September 2018 telah ada kemasukan semester pertama bagi Postgraduate ni ye. Jadi alhamdulillah setelah aku cek keputusan hasil pinjam Wi-fi di McDonalds Temerloh, akhirnya aku dapat. Kawan aku yang mohon sekali hari tuu pun dapat tapi dia sedang berbelah bahagi sebab dia dapat SL1M TNB jugak, sob sobs sobs (please doakan dia pilih master sebab aku takut nak sambung sorang takde kawan) hukkksss.



Kesimpulannya, aku telah mendapat jemputan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di UITM Shah Alam dalam program Masters In Hospitality Management bagi sesi 2 2018/2019 secara full time selama 3 semester, insyaAllah. Pendaftaran adalah di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) pada 16 February 2019. GOOD LUCK TO MEYYY. Sebenarnya aku keliru tau, untuk postgraduate ni sebenarnya kat Shah Alam tu ke atau Puncak Alam ehh??? Kalau Shah Alam kat seksyen 7 laa kan....?? Almaklumlah, bukan orang KL atau Selangor, haahahaha




Doakan aku boleh tak korang... 



Khamis, 2 Ogos 2018

Info Masuk Alam Universiti terutama UMK

Assalamualaikum w.b.t.


Ya Allah, serius lama betul saya tak pos kat sini. Haa rindu tak? Tapi aku tak ramai follower so mungkin ada yang tak hirau dan kan semua blog ni. So, apa-apa hal sekalipun semua orang ada kehidupan masing-masing kan... Jadi mungkin orang tak pandang dah semua ni. 


Let's move on !!!


Jadi saya dapat tahu beberapa hari lepas keputusan kemasukan U bukan.. Siapa dapat Universiti Malaysia Kelantan AKA UMK ? Haa tahniah sebab kita gang ;) sep sikit, ehh lelaki haram hahahahaha. Sebab apa gang ??? sebab korang dah masuk U akak :P Jadi korang ialah junior2 akak tetapi korang tidak akan jumpa akak pun hehehehe. Akak dah final year dik dan akak akan konvo tak lama lagi.. So tak dapat laa nak buli(dengan cara baik) korang sobs sobs... Tapi tidak mengapa kerana ramai lagi senior korang yang lain tahun ni, huhuhu


*Pssttt rasa tua gila kot dah sekarang*


Kalau korang nak tahu UMK ni terbahagi kepada 3 Kampus dan tempat-tempat ini ada bidang-bidang yang berlainan ye adik2 sekalian. Macam akak Bach Degree Entrepreneurship (Hospitality) ditempatkan di kampus Pengkalan Chepa Kota Bharu yakni bersebelahan/belakang airport Sultan Ismail Petra. Dua Kampus lagi berada di Jeli dan juga Bachok. Kalau korang tak tahu, Kampus Bachok merupakan kampus terbesar antara ketiga-tiga ni dan "feel" belajar the real suasana universiti adalah di sini ya ^_^ Once korang jejak kaki UMK PC sana nanti baru korang tahu hahahaha


UMK PC lebih kepada business and entrepeneurship. Jadi korang akan belajar tentang business banyak di sini dan akan ada banyak event yang korang boleh join tau. Kat sini jugak ada 2 fakulti iaitu FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN (FKP) dan FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAN (FHPK). Kalau korang nak tahu dua fakulti ni baru je dipisahkan pada tahun lepas kerana mereka ingin memfokuskan lebih kepada kos memasing yang lebih dalam. Fakulti Veterinar jugak berdekatan cuma mereka ditempatkan di Padang Tembak iaitu berdekatan Hostel Kemumin.


Macam akak under FHPK, melalui nama FHPK korang dah boleh tahu ada 3 kos under fakulti ini, iaitu Kos SAH, SAP dan SAW . Korang masuk nanti korang akan tahu sendiri whats that stand for okay. Tak syok laa akak beritahu semua sebab akak masuk pun akak ZERO knowledge pasal UMK ni hahahahahaha. Semua kena tahu sendiri masa mula-mula masuk belajar dulu tau. So sooner or later korang akan tahu environment UMK macam mana.


Okay sesiapa yang dapat UMK PC ni korang akan ditempatkan di hostel yang berdekatan dengan kawasan U. Sebuah bilik boleh memuatkan 4 orang pelajar sahaja dan semua meja kerusi katil almari disediakan tak perlu risau nak bawak tilam ke apa. Hanya perlu bawak bantal dan sarung sahaja. TETAPI jangan terlampau bawak baju banyak kerana almari anda hanya sedepa lebarnya. Kalau yang bertuah akan ada student yang bilik dia ada almari 2 pintu ye, tuu syok boleh letak byk barang huhuhu. Akan tetapi akak tak pernah dapat almari orange tersebut, tapi tak kisah pun  walaupun jealous kadang2 hahahaha


So kat sini meh laa akak share sedikit tips-tips yang penting la ekk. Kehidupan di U adalah berbeza dari Matrikulasi yang hanya memakai baju formal berbaju kurung dan kemeja bertie sahaja bila pergi ke kelas. Di U anda bebas sedikit memakai baju t-shirt tetapi memenuhi piawaian di mana kena berkolar dan tak boleh mamakai selipar seperti anda ke jamban/toilet ye. Bila presentation haruslah formal agar lebih segak dan molek nampak dek lecturer ye. 


Tips Pakaian Ke Kelas:

Sebagai seorang wanita, akak akan prepare atleast 7-8 pasang baju kurung sebab akak lebih suka pakai baju kurung since belajar matrikkulasi lagi so dah terbiasa. Lagipun kita sebagai perempuan Melayu eloklah pakai baju kurung nampaklah ayu dan kesopanannya. Mungkin korang tak suka tapi masa belajar ni laa korang dapat pakai selalu baju kurung dik oi.. Masa kerja nanti akak tak jamin sebab ye laa fesyen zaman sekarang ni dah macam2 kan..


Bagi lelaki pakai laa kemeja cantik yang berkolar ye. Jangan sesekali pakai kolar bulat atau bentuk V ye.. Bab ni akak pelik, tahukah lelaki bahawa baju tshirt  bentuk V tuu perempuan punya (setakat yang akak tahulah). Dan pakai seluar slack ye bukan seluar keras-keras macam Jeans levis laa apa2 laa jenis jeans. dilarang sama sekali.


Kasut tu belilah yang bertutup bukan sandal tali-tali bagai tu, waktu luar pembelajaran jalan-jalan tempat lain yelah pakai sandal. Kita di alam Universiti so jangan laa selekeh sangat nak pergi kelas. Pada semester pertama dan kedua, diantara salah satu sem akan ada kelas koko jadi korang boleh je join macam2 sukan kat sana nanti so bolehlah bawa kasut sukan. 


Lelain items:

Payung (WAJIB BAWA YE BUAT SPARE sebab cuaca kat Kelantan akan ada waktu hujan yang panjang dan mendung)
Sunblock/Sunscreen (Wajib bawak sebab cuaca disana panas terik ye)




Percayalah bila waktu hujan bahagian luar bilik korang dan koridor akan sentiasa penuh dengan payung




Lagi akak nak nasihatkan kat korang yang masuk U ni tak kita US atau UA semua sama je yang penting niat kita nak belajar sampai berjaya kan ... Korang kena bersedia dari segi mental dan fizikal. U ni ramai orang belajar dan tak semua sama, yang penting jugak jangan sekali2 buat orang @ susahkan orang ye. Jangan lupa solat ye adik2 sekalian dan jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Mungkin korang fikir apa akak tulis ni remeh dan korang tak nampak sangat tetapi fikirlah dosa dan pahala. Buat dosa memang mudah tapi korang tak nampak keberatannya

Akak pun banyak buat dosa dan sentiasa belajar jadi baik lagi. Apa-apa pun maaf salah silap informasi ke sebab ini berdasarkan pengalaman akak. Oh Lupa pula nak bagitau , akak Batch 14/15 Mangsa Banjir hahaha.



terima kasih sudi banyak baca ^_< nak tanya boleh komen..



Sabtu, 27 April 2013

Pilih, Klik Dan Menang (1st Giveaway by Mahirah Muhamad)

Assalamualaikum  w.b.t dan Semoga pembaca saya ini sentiasa sihat sejahtera hendaknya  ^_^




Jeng jeng jeng..



So, here i guess my first try for this competition that being called Giveaway.. Yohoo.. *Tengok tajuk pon dah tahu* (harap2 dapat amin!!) Anyway this giveaway is provided by this young girl named Mahirah Muhamad. She is my junior in Al-Khairiah and now she in Form4. Right adik mahirah. *if you read this* hehe. A brilliant girl, such a beautiful young girl and very kindly when i was first met her through my friend, i mean sister of my friend..

ps: tapikan dia lagi senior dalam dunia blogging ni.. huhu. *tepuk tangan utk adik(clap clap) :)

Ok, the banner have to tepek kat sini..  Shall we ----> go down ye





Tulisan tangan pon still lagi cantik, tak payah nak photoshop sangat.
janji kita buat dengan ikhlas :)




For section A : I would like to choose Brooch.
For section B : I pick Skirt Mermaid  (saiz besar please, 2xl/3xl lagi OK)

The contest end at 28/5/2013.




Kalau nak join boleh pergi terus ke link yang disediakan di atas ye.. Selamat mencuba..


Selasa, 23 April 2013

Missed !!

Assalamualaikum w.b.t



Hari ini aku baru perasan sesuatu yang aku sendiri tak tahu dan tak tanya orang pula tu.. Huarggghhh.. -_-  Tension cenggini gayanya..  Sememangnya sudah mengetahui ada dalam senarai ipta tu..   Tulah rasa pelik je bila nak mohon tapi tak keluar course itu..  Lastly, mohon benda lain..  Ish ish..  (Masih banyak yang aku tak tahu sebenarnya ni) Rupanya kalau nak mohon TESL UITM tuuuuu kena beli no pin yang lainnn laaaaaaaa...  Sedih sedih tak pon..  Tapi atleast kita dapat try dan tahu temuduga itu macam mana kan..  Dapat menambah pengalaman ye dok.. (oh,bahasa pahang) ini senarai U yang semakan panggilan temuduga..








Kepada yang dapat tahniah dan buat yang terbaik untuk temuduga dalam masa terdekat ini..  Koranglah Guru2 pada masa depan.. ^_^ haha.



Isnin, 22 April 2013

Earth Day 2013

Assalamualaikum w.b.t and a very good evening readers..




Hari ini adalah Hari Bumi Sedunia atau dipanggil Earth Day.. Sebenarnya aku sendiri tak tahu.. hehe *memang tak ambil tahu pon.. huhu. Bila ekk aku dapat tahu .. hah. masa aku belek-belek si Mr Google ni laa.. aku tenung lama-lama gambar kat google search tu baru aku perasan ada bentuk butang play.. so aku playkan dia.. aku tengok 2-3 kali juga laa.. haha. sengaja menge'test benda tu.. nak tahu jadi apa.. meh aku tunjukkan..




faham-faham jelah apa yang aku cakap ekk , enjoy... huhu
ps: cuma guna kamera sebab tu tak jelas sngt apa yg aku cakap. :)



Sebenarnya google boleh tahan juga.. sebab semua tarikh-tarikh yang penting dia buat ilustrasi sendiri dan kadang-kadang tu siap boleh main lagi benda tu.. Memang kreatif.








Aku pergi tekan gambar tu lepas itu dia keluar benda ini.. Baru aku tahu hari ini Earth Day 2013.. woo woo.. pandai2 korang laa search sendiri.. kalau tak tahu tanya aku, jangan segan2 :D Mari kita hijaukan bumi kita ini..  Tanam pokok banyak-banyak  tak apa tak ada siapa kisah pon..  Yang ambil kisahnya mungkin pembalak-pembalak  yang sesuka hati je pergi tebang pokok tuu.. Aish, marah laa.. Aku tak suka tau orang rosakkan tanaman ni.. 




Dan ya aku sendiri tahu bahawa Allah s.w.t telah berfirman menyuruh manusia itu sendiri menggunakan sumber rezeki yang ada dengan sebaik mungkin..  Guna untuk keperluan yang baik dan berfaedah/bermanfaat untuk semua..   So , ambil perhatian ekk..  Jangan jadi tamak ambil untuk kepentingan diri sahaja..




Okeylah..itu je la kot nak bagi tahu untuk hari ini, hari ini ekk, hari ini..





Thanks for reading.. Wassalam..



Love,Sharah