Assalamualaikum w.b.t.
Ya Allah, serius lama betul saya tak pos kat sini. Haa rindu tak? Tapi aku tak ramai follower so mungkin ada yang tak hirau dan kan semua blog ni. So, apa-apa hal sekalipun semua orang ada kehidupan masing-masing kan... Jadi mungkin orang tak pandang dah semua ni.
Let's move on !!!
Jadi saya dapat tahu beberapa hari lepas keputusan kemasukan U bukan.. Siapa dapat Universiti Malaysia Kelantan AKA UMK ? Haa tahniah sebab kita gang ;) sep sikit, ehh lelaki haram hahahahaha. Sebab apa gang ??? sebab korang dah masuk U akak :P Jadi korang ialah junior2 akak tetapi korang tidak akan jumpa akak pun hehehehe. Akak dah final year dik dan akak akan konvo tak lama lagi.. So tak dapat laa nak buli(dengan cara baik) korang sobs sobs... Tapi tidak mengapa kerana ramai lagi senior korang yang lain tahun ni, huhuhu
*Pssttt rasa tua gila kot dah sekarang*
Kalau korang nak tahu UMK ni terbahagi kepada 3 Kampus dan tempat-tempat ini ada bidang-bidang yang berlainan ye adik2 sekalian. Macam akak Bach Degree Entrepreneurship (Hospitality) ditempatkan di kampus Pengkalan Chepa Kota Bharu yakni bersebelahan/belakang airport Sultan Ismail Petra. Dua Kampus lagi berada di Jeli dan juga Bachok. Kalau korang tak tahu, Kampus Bachok merupakan kampus terbesar antara ketiga-tiga ni dan "feel" belajar the real suasana universiti adalah di sini ya ^_^ Once korang jejak kaki UMK PC sana nanti baru korang tahu hahahaha
UMK PC lebih kepada business and entrepeneurship. Jadi korang akan belajar tentang business banyak di sini dan akan ada banyak event yang korang boleh join tau. Kat sini jugak ada 2 fakulti iaitu FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN (FKP) dan FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAN (FHPK). Kalau korang nak tahu dua fakulti ni baru je dipisahkan pada tahun lepas kerana mereka ingin memfokuskan lebih kepada kos memasing yang lebih dalam. Fakulti Veterinar jugak berdekatan cuma mereka ditempatkan di Padang Tembak iaitu berdekatan Hostel Kemumin.
Macam akak under FHPK, melalui nama FHPK korang dah boleh tahu ada 3 kos under fakulti ini, iaitu Kos SAH, SAP dan SAW . Korang masuk nanti korang akan tahu sendiri whats that stand for okay. Tak syok laa akak beritahu semua sebab akak masuk pun akak ZERO knowledge pasal UMK ni hahahahahaha. Semua kena tahu sendiri masa mula-mula masuk belajar dulu tau. So sooner or later korang akan tahu environment UMK macam mana.
Okay sesiapa yang dapat UMK PC ni korang akan ditempatkan di hostel yang berdekatan dengan kawasan U. Sebuah bilik boleh memuatkan 4 orang pelajar sahaja dan semua meja kerusi katil almari disediakan tak perlu risau nak bawak tilam ke apa. Hanya perlu bawak bantal dan sarung sahaja. TETAPI jangan terlampau bawak baju banyak kerana almari anda hanya sedepa lebarnya. Kalau yang bertuah akan ada student yang bilik dia ada almari 2 pintu ye, tuu syok boleh letak byk barang huhuhu. Akan tetapi akak tak pernah dapat almari orange tersebut, tapi tak kisah pun walaupun jealous kadang2 hahahaha
So kat sini meh laa akak share sedikit tips-tips yang penting la ekk. Kehidupan di U adalah berbeza dari Matrikulasi yang hanya memakai baju formal berbaju kurung dan kemeja bertie sahaja bila pergi ke kelas. Di U anda bebas sedikit memakai baju t-shirt tetapi memenuhi piawaian di mana kena berkolar dan tak boleh mamakai selipar seperti anda ke jamban/toilet ye. Bila presentation haruslah formal agar lebih segak dan molek nampak dek lecturer ye.
Tips Pakaian Ke Kelas:
Sebagai seorang wanita, akak akan prepare atleast 7-8 pasang baju kurung sebab akak lebih suka pakai baju kurung since belajar matrikkulasi lagi so dah terbiasa. Lagipun kita sebagai perempuan Melayu eloklah pakai baju kurung nampaklah ayu dan kesopanannya. Mungkin korang tak suka tapi masa belajar ni laa korang dapat pakai selalu baju kurung dik oi.. Masa kerja nanti akak tak jamin sebab ye laa fesyen zaman sekarang ni dah macam2 kan..
Bagi lelaki pakai laa kemeja cantik yang berkolar ye. Jangan sesekali pakai kolar bulat atau bentuk V ye.. Bab ni akak pelik, tahukah lelaki bahawa baju tshirt bentuk V tuu perempuan punya (setakat yang akak tahulah). Dan pakai seluar slack ye bukan seluar keras-keras macam Jeans levis laa apa2 laa jenis jeans. dilarang sama sekali.
Kasut tu belilah yang bertutup bukan sandal tali-tali bagai tu, waktu luar pembelajaran jalan-jalan tempat lain yelah pakai sandal. Kita di alam Universiti so jangan laa selekeh sangat nak pergi kelas. Pada semester pertama dan kedua, diantara salah satu sem akan ada kelas koko jadi korang boleh je join macam2 sukan kat sana nanti so bolehlah bawa kasut sukan.
Lelain items:
Payung (WAJIB BAWA YE BUAT SPARE sebab cuaca kat Kelantan akan ada waktu hujan yang panjang dan mendung)
Sunblock/Sunscreen (Wajib bawak sebab cuaca disana panas terik ye)
Percayalah bila waktu hujan bahagian luar bilik korang dan koridor akan sentiasa penuh dengan payung
Lagi akak nak nasihatkan kat korang yang masuk U ni tak kita US atau UA semua sama je yang penting niat kita nak belajar sampai berjaya kan ... Korang kena bersedia dari segi mental dan fizikal. U ni ramai orang belajar dan tak semua sama, yang penting jugak jangan sekali2 buat orang @ susahkan orang ye. Jangan lupa solat ye adik2 sekalian dan jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Mungkin korang fikir apa akak tulis ni remeh dan korang tak nampak sangat tetapi fikirlah dosa dan pahala. Buat dosa memang mudah tapi korang tak nampak keberatannya
Akak pun banyak buat dosa dan sentiasa belajar jadi baik lagi. Apa-apa pun maaf salah silap informasi ke sebab ini berdasarkan pengalaman akak. Oh Lupa pula nak bagitau , akak Batch 14/15 Mangsa Banjir hahaha.
terima kasih sudi banyak baca ^_< nak tanya boleh komen..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thank's.
Budi bahasa budaya kita.
Treat me as how you want me to treat you..
Syukran jazilan...