ASSALAMUALAIKUM WBT.
Alhamdulillah diberi peluang untuk menulis lagi di sini. Haiii, Rindu tak ? Acecece.
Ehemmm.
Sebenarnya bila dapat tahu keputusan nak sambung masters degree atau dikatakan ijazah sarjana ni membuatkan perasaan aku bercampur baur yang teramat sangat which yang aku rasa excited+nervous+takut+gementar semua adalah kalau nak dikatakan. MasyaAllah Subhanallah Segala Puji Bagi Allah. Satu keputusan yang tak disangka sebenarnya sebab kalau nak diikutkan semasa final year semasa aku menghadapi fyp, aku sangatlah tidak ingin sama sekali walaupun adalah sedikit kemungkinan tuu yang terfikir akan menyambung pelajaran lagi sekali, bahkan untuk masters degree?!!
Kalau boleh jauh sekali nak menghadap fyp/ppta and so on untuk tesis lagi. Aku sangatlah takut sebenarnya kerana ianya seperti satu mimpi ngeri. Bahkan untuk masters degree lagilah aku perlu menghadapinya seorang sahaja (kemungkinan) berbanding semasa first degree di mana aku bekerjasama bersama 3orang ahli kumpulan yang lain menjadikan kami 4 orang dalam satu kumpulan. 4 kepala berbanding 1 kepala ? Aku tak tahu apa akan berlaku semasa aku belajar nanti. Harap-harap dipermudahkan urusan dan pembelajaran serta mempunyai pensyarah dan penasihat yang baik, amiin.
Okey, baiklah. Kalau nak dijadikan cerita 4 bulan lepas aku telah banyak kali fikir juga pasal nak sambung lagi belajar ni. Kalau fikir punya fikir, tanya punya tanya dengan orang sekeliling aku, aku uruskanlah permohonan aku pada bulan November 2018 yang lepas. Permohonan master kena ada recommendation pensyarah atau bekas majikan tempat kamu semua kerja atau intern pun boleh ye. Bagi aku, untuk mendapatkan recommendation dari pensyarah mengambil masa sedikit kerana kebanykan pensyarah yang bebetul aku kenal boleh tahan sibuknya, jadi aku sarankan kepada kamu semua yang ingin memohon belajar tak kiralah Uni mana sekali pun, baiklah mohon dengan kadar yang cepat pantas supaya proses permohonan lebih efisien gituhhh. Jangan jadi aku yang last minit minta sebab lecturere yang aku nak/kenal ada yang sibuk, sobs sobs..
Jadi setelah sebulan lebih berlalu akhirnya keputusan telah keluar.Boleh disemak di laman web IPSIS UITM sebab website ni memang untuk post graduate tak silap aku, dan masa mohon haritu pun kat website yang sama. Bagi Postgraduate UITM (sebab aku mohon kat UITM je) sepatutnya keluar pada 16 Januari 2019 tapi dia tunda sehari lewat iaitu pada 17 Januari esoknya pulakk, sakitnya tuh di sini sebab aku tunggu bebetul 12 lebih malam 16hb tuu, huukkkss. Sebenarnya ini dikira kemasukan sem ke-II bagi UITM sebab pada bulan September 2018 telah ada kemasukan semester pertama bagi Postgraduate ni ye. Jadi alhamdulillah setelah aku cek keputusan hasil pinjam Wi-fi di McDonalds Temerloh, akhirnya aku dapat. Kawan aku yang mohon sekali hari tuu pun dapat tapi dia sedang berbelah bahagi sebab dia dapat SL1M TNB jugak, sob sobs sobs (please doakan dia pilih master sebab aku takut nak sambung sorang takde kawan) hukkksss.
Kesimpulannya, aku telah mendapat jemputan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di UITM Shah Alam dalam program Masters In Hospitality Management bagi sesi 2 2018/2019 secara full time selama 3 semester, insyaAllah. Pendaftaran adalah di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) pada 16 February 2019. GOOD LUCK TO MEYYY. Sebenarnya aku keliru tau, untuk postgraduate ni sebenarnya kat Shah Alam tu ke atau Puncak Alam ehh??? Kalau Shah Alam kat seksyen 7 laa kan....?? Almaklumlah, bukan orang KL atau Selangor, haahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thank's.
Budi bahasa budaya kita.
Treat me as how you want me to treat you..
Syukran jazilan...